Monday 3 December 2012

First Chapter

ASSALAMUALAIKUM...
 
Sebelum saya berkongsi tentang pengalaman saya menjadi seorang guru pelatih, biarlah saya berkongsi cerita tentang diri saya sebelum jadinya seorang guru pelatih.
 
Mengapa saya memilih bidang perguruan?
 
 
Bila diingatkan kembali, semuanya bermula dengan ayah saya sendiri. Dia yang menyokong dan menggalakkan saya supaya pilih bidang ini. Katanya, jamin kerja. Ya, itu yang penting. Masa depan. Perlukan pekerjaan, barulah diikuti dengan benda lain seperti rumah, kereta mahupun isteri. Ibu bapa takkan dapat duduk senang selagi anak mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang terjamin.
 
 
28 Jun 2010
 
 
Saya dikehendaki mendaftar di Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur.
Kami bertolak awal sehari kerana kami perlu mendaftar seawal jam 8 pagi. Sejak itu, secara rasminya saya telah menjadi guru pelatih 1 PPISMP sains. Maka bermulalah cabaran.
 
 
 
 
Kelas kami ada 13 orang semuanya yang merupakan kelas paling kecik untuk batch tahun tersebut. 6 lelaki dan 7 perempuan. Kelas yang dikatakan 1 Malaysia, sebab adanya Melayu, Cina dan India.
Pada mulanya agak susah nak sesuaikan diri. Kena kawal bahasa yang digunakan, kalau tak pasti bermasalah ketika komunikasi. Ada yang cakap sabah, ada cakap utagha( saya la..) dan ada cakap pelat tamil.
 
Arif (yang bersongkok) dilantik sebagai ketua kelas. Dia dipilih oleh Mentor kami tanpa ada pemilihan secara undian. Kami pun terima dengan hati terbuka. Nampak seperti seorang yang pengalaman dalam memimpin. Penolongnya pula Syahirah, yang bertudung hijau di belakang ketua kelas.
 
 
Minggu orientasi selama seminggu yang agak menyeksakan, terpaksa bangun awal, tidur lambat dan dimarahi..tetapi hasilnya, kami dah boleh rapat dalam masa yang singkat. Saya mula rapat dengan Arif, kerana dia juga orang semenanjung seperti saya berbanding rakan lelaki yang lain, yang datang jauh dari Sabah.
 
Ketika minggu orientasi, yang paling saya susah nak lupa ialah ketika malam kebudayaan. Kami melakonkan situasi seorang guru 'sotong' yang akhirnya berjaya mengubah dirinya menjadi lelaki sejati demi muridnya. Dan kami dapat tempat ketiga dengan persembahan yang agak menarik saya rasa.
 
 
 
InsyaAllah, bersambung di entry kemudian...ASSALAMUALAIKUM..